SkyMillion Residence @ Noosob, Penampang adalah projek kondominium mewah yang terbaru di kawasan Penampang. Projek ini melibatkan pemaju-pemaju yang telah menjayakan SkyVue Residence @ Kobusak dan E-Residence Apartment @ Telipok. Nescaya kualiti dan konsep yang dibawakan ke SkyMillion Residence, kondo mewah di Penampang ini tidak akan kurang hebatnya juga.

Kondominium mewah ini memperkenalkan susun atur berkonsepkan dwi-kunci (dual-key concept layout) di mana pembeli boleh mendapatkan kepelbagaian fungsi untuk kediaman mereka di SkyMillion Residence. Apabila anda memasuki pintu utama kediaman, akan terdapat 2 pintu lagi yang akan membawa anda ke ruang kediaman utama, dan pintu yang satu lagi ke bilik studio (1 bilik tidur + 1 bilik mandi). Konsep ini bertujuan untuk memberikan privasi kepada tuan rumah apabila terdapat tetamu yang bermalam di kediaman anda atau anda boleh menyewakan      bilik studio tersebut secara harian atau bulanan.

Anda boleh lihat kesemua 9 susun atur yang disediakan atau cuma 4 susun atur yang berkonsepkan dwi-kunci. 


SkyMillion Residence terletak di kawasan yang sangat strategik dan sangat mudah untuk ke mana-mana tempat di kawasan Kota Kinabalu.

SkyMillion Residence yang terletak di laluan Jalan Nosoob Hungab boleh membawa anda terus ke Jalan Penampang atau Jalan Pintas Penampang, dan terus ke Jalan Lintas. 


1.5km ke Plaza 333
2km ke ITCC Penampang
6km ke Hospital Queen Elizabeth
7.5km ke Lapangan Terbang Antarabangsa KK
8km ke Imago Shopping Mall
9km ke Suria Sabah Shopping Mall

Lokasi :


Harga kondominium mewah ini bermula dari RM468,000 dan dijangka siap bina pada tahun 2023.
Hubungi kami jika anda berminat untuk memiliki kediaman yang paling terhangat di Penampang sekarang. Kami akan mengurus sepenuhnya pinjaman LPPSA, pinjaman bank atau pinjaman Borneo Housing anda.




Tertakluk kepada terma dan syarat.