Pada ketika ini, proses pembinaan sudah pun memasuki fasa terakhir dan seterusnya hanya menunggu penerimaan OC sahaja sebelum penghuni boleh mulai pindah masuk ke unit di Blok D, E, F dan G. Penerimaan OC dijangka dapat pada bulan Jun atau Julai 2021, bergantung dengan perkembangan Covid-19.
Kini hanya terdapat beberapa unit sahaja lagi yang masih belum terjual di Blok F dan G (tingkat bawah dan tingkat 1 untuk kedua-dua blok sudah habis dijual/ditempah pada ketika ini), dan kami dari My Sabah House ingin berkongsi 5 sebab mengapa E-Residence Apartment @ Telipok sangat berbaloi untuk dimiliki.
1. LALUAN TERUS KE LEBUHRAYA PAN BORNEO
Lebuhraya Pan Borneo dari Jalan Lintas sehingga menuju ke Tuaran masih sedang dalam pembinaan dan keadaan jalanraya mungkin bukanlah dalam keadaan yang terbaik buat masa ini, tetapi harus diingat, apabila pembinaannya yang dijangka siap pada 2023 nanti, penghuni E-Residence Apartment akan dapat menikmati kemudahan lebuhraya yang luas dan boleh memudahkan perjalanan harian di kemudian hari. Lebuhraya Pan Borneo bukan sahaja menghubungkan kawasan-kawasan utama di Sabah tetapi di BORNEO (Sabah, Brunei dan Sarawak). Kawasan Menggatal, Sepanggar dan Tuaran juga terletak dalam 5km radius dari E-Residence Apartment, dan sangat mudah juga untuk ke Tamparuli, Kiulu, Kundasang dan Kudat (kawasan perlancongan).
2. APARTMENT YANG LUAS (1,029sqft)
Sebelum ini, pernah tular di Facebook mengenai keluhan seseorang tentang harga rumah di Sabah yang sudah mencapai kayangan namun saiz rumah yang dibeli cuma sebesar lubang kuburan sahaja. Tidak dinafikan harga rumah di Sabah ada yang tidak masuk akal dan adalah teramat sukar untuk mencari apartment yang mempunyai keluasan 1,000sqft yang dijual dalam harga RM288,000 - RM343,000. Selalunya untuk harga sedemikian, apartment yang sedia ada cuma mempunyai keluasan dalam 450sqft - 900sqft sahaja. Apartment yang sedang dalam pembinaan pula cuma dapat menawarkan 2 bilik dan 1 bilik air untuk harga di bawah RM300k, akan tetapi E-Residence menyediakan 3 bilik dan 2 bilik air untuk semua unit yang dijual. Kami percaya faktor harga untuk keluasan rumah yang ditawarkan adalah alasan utama yang menjadikan E-Residence Apartment kediaman yang berbaloi untuk dimiliki.
3. REKABENTUK SEMI-D
E-Residence Apartment menggunakan rekabentuk Semi-D untuk semua unitnya, menjadikan semua unit rumah adalah lot tepi (lebih luas dan tidak terperangkap di tengah-tengah). Ini menjadikan setiap unit rumah juga lebih privasi berbanding dengan unit di lot tengah, dan ditambah lagi setiap unit juga mempunyai beranda masing-masing, ini menjadikan setiap rumah juga lebih luas dan mempunyai ruang pengudaraan yang lebih selesa.
4. CUMA 5 TINGKAT SAHAJA TETAPI MEMPUNYAI LIF
Untuk mencari dan membeli kediaman di bangunan yang hanya 5 tingkat sahaja, dan juga mempunyai lif adalah teramat sukar sekali. Selalunya kediaman 5 tingkat hanya menyediakan tangga untuk penghuninya, dan harga unit di tingkat bawah adalah jauh lebih mahal berbanding dengan harga unit di tingkat atas disebabkan oleh kemudahan untuk penghuni sampai ke kediaman masing-masing. Jikalau anda pernah tinggal di tingkat atas kediamana seperti ini, anda tentu akan faham "penat" yang harus dilalui setiap kali anda balik dari kerja seharian atau anak-anak yang baru balik dari sekolah. Apalagi "kesusahan" jika ingin membeli perabot baru yang besar untuk kediaman anda. Kemudahan lif nampak remeh untuk bangunan yang hanya 5 tingkat sahaja tetapi kemudahan inilah yang bakal menjimatkan tenaga anda dari mengeluh kepenatan dikemudian hari, setiap hari.
5. BERPAGAR DAN BERPENGAWAL DENGAN KEPADATAN PENDUDUK YANG RENDAH
Faktor keselamatan adalah isu utama untuk setiap jenis perumahan dan E-Residence Apartment juga menitikberatkan hal ini dengan memastikan setiap blok juga mempunyai pengawalnya yang tersendiri. E-Residence juga mempunyai kepadatan penduduk yang rendah kerana ia cuma 5 tingkat sahaja dan setiap blok cuma mempunyai 40 unit sahaja (kecuali blok D yang mempunyai 80 unit kerana ia mengabungkan 2 blok menjadi 1 blok sahaja).
Anda boleh memiliki rumah di E-Residence Apartment hari ini tanpa kos! Segera hubungi kami untuk ketahui bagaimana caranya. Jika anda memohon sebelum Mei 2021*, anda boleh mendapatkan penjimatan lebih daripada RM30,000!
Tertakluk kepada terma dan syarat.
Social Plugin